26 March 2012

Buku 555


Dah lama aku nak publish entry ni. Tapi pelbagai halangan dan rintangan harus ku tempuhi. Nak amik gamba asyik lupa je, itu je la rintangannya pun. Heheheh.

Dah lama aku tak guna/nampak buku 555. Kalau aku nak beli pun, tak tau nak buat apa. Tapi dulu-dulu masa sekolah rendah (kot) ada la jugak guna buku ni. Tapi somehow, aku lupa ada kegunaannya pada waktu itu.

Ada orang cakap, buku 555 ni buku hutang. Agaknya ceti dulu-dulu guna buku ni untuk simpan/update data dia. Masa tu pun mana ada ipad/tab bagai. So buku 555 ni memang yang paling handy untuk Mr Ceti. :D

Tapi di zaman serba canggih ni, still ada lagi orang/jabatan kerajaan yang guna buku 555 ni. Sila rujuk gambar dibawah:



Kalau nak discharge from hospital ni, misi bagi buku 555. Not exactly bagi, tapi kena beli RM1. Kan bagus kalau diorang bagi device macam tab ke untuk simpan data. Kalau buku ni kena air, habis semua tulisan Doc Ensem dalam tu. Tapi kalau bagi tab, takde la yuran 6hari 5malam sebanyak RM9 kan?

11 comments:

ejaMaria said...

hihihi... tau takpe... ;p

Dr K said...

nanti org buat main agry bird pulak kalau di beri tab. ~haha

Dr Singa said...

Doc Hensem tu sambut Riffa kah?

kaklong said...

sebaik tak BUKU 5
heheheh!

transformed housewife said...

aik itu macam ka. tak pernah dpt pulak. HUSM tak de bg pun dulu.

Yunus Badawi said...

mereka bagi buku 555 tu tanda boleh hutang ke bayaran RM9 tu?

Dulu2 bukan ceti aje yg pakai buku 555 ni tapi org2 kampung pun guna utk berhutang kat kedai runcit. Masa tu mana ada tesco atau giant ... hehehe

ummiross said...

Hihi kalau dapat ipad, ramai pulak yang pura2 sakit nanti.

~ana~ said...

erm..so classic rasa nya..:)

shaza said...

yang aku heran sampai sekarang.. nape mesti 555?? bukan 111 atau 888??

Elyn Sani said...

wah aku dh lama x jumpe buku ni!! tye nurse tu mana dierang dpt ek? hihih

ddlea said...

Eyh.... dah lain yer rupa buku 555 ni? Dulu bukan plain je ke... dh transform chantek