05 March 2012

Guide Runner


Kejadian ini berlaku pada Sabtu lepas di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan). It's their Annual Cross Country. Saya menyertai cross country sejauh 2.7km. Saya volunteer jadi guide runners. Dah lama tak buat benda-benda charity since preggy Riffa. 9 bulan preggy campur sekarang Riffa da 9 bulan, dah dekat 2 tahun jugak la. Lama tu....



Berkumpul kat assembly area dengan jarak satu depa setiap seorang. Ada senamrobik for about 30minit untuk memanaskan badanku yang dah 15 tahun tak berlari ni. Saya sayang lemak saya tau!


This is Amira. My partner for this event. I will guide her. Boleh ke? Ahahaaa... She is 15yo. Dia malu saya nak ambil gambar dia. Saya dah cakap dengan dia, kita lari slow-slow ala-ala siput sedut je. Dia pun cakap dia tak bukan sprinter. Lega hati akak ok.



Guide running tools - tali ni Amira pegang sebelah, saya pegang sebelah.


Kategori B1 (fully blind) lari dulu. Ingat Amira, kita lari siput sedut je.


Pemandangan hadapan dari pandangan kami yang sememangnya berada dibelakang.


Abang polis juga ada bagi memastikan kami yang berlari ni tak over sangat berlari sampai ke tengah jalan.


Walaupun kami seperlahan siput sedut, kami dapat tempat yang ke 10. Tak sangka weh! 15 tahun tak pernah berlari tapi dapat menghabiskan 2.7KM dalam masa 24.5min.

Amira dapat hadiah baucer kooperasi. Yang sebelah dia tu dapat tempat pertama.

So, inilah punca dan sebab saya beli kasut yang menyebabkan saya membatalkan puasa shoppping tahun ini. Sekarang, saya dah sambung puasa balik.

7 comments:

Kakibuku said...

dapat pahala ko batal puasa aritu syida! tp ko mmg aku salute lah..rajin btl buat2 xtvt camni..puas hati kan..aku amatmemahaminya!

~ana~ said...

xpela..batal puasa pun ada sebab kan....heh3x...

kaklong said...

hebat gak tu..2.7km dlm masa 24.5min.
:)

Mama Hanim said...

hebat n congrats.. Bukan semua mampu bt cmtu.. Luangkan masa bersama insan istimewa, hanya jiwa yg betul2 ikhlas dpt buat..

mama_umar_maryam said...

beshnyer xtvt camni..kene gak cari waktu utk luang dgn org2 jannah nih kan..baru jiwa rs tenang..
weh,aku dulu champion rentas desa tu..hahah skg??

Papakeechee said...

nice!!! Upacara batal puasa was all worth it ^_^

Elyn Sani said...

besar pahala ko membatalkan puasa utk event sebegini!!