06 November 2012

Apa Yang Ada Di Kotak Fikiran Saya?

Lately saya ada banyak perkara yang ada didalam kotak fikiran saya. Kenapa panggil kotak fikiran? Adakah fikiran saya dibungkus didalam kotak? Kotak A4 atau A3? Gosssh! Sejak projek klcc selesai, i had nothing much to do in the office. Mengapa tidak update blog setiap hari? Entah lah, mojo nak update blog hari-hari tak sampai lagi. Still buffering kot. 

Mari kita fokus kepada tajuk. Perkara tersebut adalah seperti dibawah: 

1. Perlukah saya menukar sekolah Aqid? 

Ni semua gara-gara iklan sekolah brainy bunch tu la. Sememangnya dari Aqid 2tahun dulu saya memang teringin nak hantar dia ke sekolah montessori. Kalau dilihat dari segi fees, memanglah almost double dari sekolah dia yang sekarang ni. Tapi adakah itu akan menjamin yang Aqid akan lebih bijaksana di masa depan? Existing school ni pun ok je. Tiada cacat cela. Balik school ada je pelajaran bahasa Arab yang dia repeat. Weols bukan reti sangat. Alhamdulillah, the rest of the subjects pun ok jugak. Cuma malas sikit nak buat homework. So, perlukah saya menukar school yang lain pada tahun hadapan? 

2. Perlukah saya tukar tempat kerja baru? 

Tempat kerja sekarang ok je. Tapi saya dapati bila buat fit-out agak kurang mencabar jika dibandingkan bila buat real construction. Of course lah, scale dia pun kecik je. Tapi bila takde on-going job, saya kurang produktif. Justeru itu saya mendapati bila less productive adalah tidak bagus untuk masa hadapan. Saya nak tempat kerja yang dekat dengan rumah, tapi still flexi hours macam sekarang. Mengada kan? 

3. Dimana lokasi rumah baru yang sesuai? 

Alhamdulillah, saya telah dapat menjual rumah kami yang sebesar kotak tu, cuma sekarang tunggu buyer's loan approval je. Tapi sampai sekarang saya tak bole nak decide kat mana lokasi yang sesuai. Hari-hari menebeng kat website property, but contemplating nak cari rumah area KL or Shah Alam? 

4. Perlukah saya menghantar Riffa ke sekolah tahun depan? 

Aqid start masuk nursery masa dia umur 11 bulan (tu pun sebab maid nak balik Indon). So enviroment nursery/school adalah menjadi sesuatu yang biasa pada Aqid. Tapi bila discuss dengan mak pasal Riffa, dia cakap macam ni, "Riffa tu bercakap pun tak boleh lagi, dah nak hantar pegi school?". Saya tiada jawapan untuk persoalan itu. 

Setakat ni, tu je la persoalan dalam kotak fikiran saya ni.

8 comments:

Nieza Ishak said...

banyak nyer persoalan, insyaallah pelan2 ko boleh settlekan satu satu.

mencari sekolah @tadika anak mmg payah ,, fuhhhhhh. anak2 aku stay jerk tadika lama, kes malas nak peningkan kepala. Nanti tak serasi dgn cekgu la ??? kawan2 buli la ??? macam2 benda yang tak dijangka.

Nieza Ishak said...

opss lupa ..

aku pun suker bangat dengan brainy bunch ..... ;)

~ana~ said...

erm..persoalan akak no 1 tu sama dgn persoalan di kotak fikiran saya...masih memikir2...huhuhu..

kak, ana cuti 2 minggu ni..minggu ni dan minggu depan...jom jumpa..belanja kopi...:)

transformed housewife said...

tukar2 sekolah mmg leceh. Tak semestinya tadika yg mahal tu kualiti pun mmg bagus. kdg2 diaorg ni ambik francais tp kualiti tak sama. Akk dah terkena dah. apa2 pun lebih baik survey dulu kalau nak tukar.

kakngah said...

aku lak...

duk lembah tak de pilihan utk sklh anak2 yg bwh 7 thn. duk la mat adief tu kat tabika kemas. so far dia msk sklh tgh bln 5 hrtu mmg bnyk improvement berbanding sblm sklh.

budak yg sewa rmh merpati aku tu tgh usha baik nk beli rmh tu. dlm proses pertimbangan.

keje lak.. aku dah takde napsu. mungkin setelah hampir 2 tahun goyang montot kat rmh, aku naik syiok. dapat lak aku tgh ketagih menjahit skrg ni. ayoyoyo!! sebaik RM setiap 26hb mengikat aku utk terus bekerja makan gaji.

shaza said...

aku pulak..

tengah risau memikirkan ashraf yang nak masuk darjah 1 taun depan.. dia ni tak independent sangat macam arif.. first day nanti mesti menangis..

teringin nak keje balik setelah 9 tahun goyang montot kat rumah.. kahkah.. tapi ade ke employer yang nak ambik aku??

Dr K said...

anak sulung saya genap 4 tahun pada 30 Oktober lalu. Kalau ikutkan hati, saya tak mahu anak sulung saya tu masuk tadika next year, 2013. Pada saya, let kids, be kids. Kalau nak masuk pun, biarlah pada umur nya 6 tahun, ngam ngam setahun more or less before masuk darjah 1. But Insya Allah, setelah pertimbangkan baik buruk, and since anak sulung saya tu too attach to his mom (my wife doing her own biz), so the only way nak kurang kan attachment dia dgn mommy nya, ialah hantar kiddy next year

ejaMaria said...

ok... kita tolong bagi pendapat sikit... pendapat ye... tak suka takpe... ;p

no.1 : kita takkan tukarkan sekolah anak kalau setiap hari ada benda baru yg dia belajar... sekolah kebangsaan nanti mmg ada subjek bahasa arab... maknanya klu skrg dia dah start belajar - bagus la... dan tak perlu paksa anak buat homework... kata pre-school je... ;)

no.2 : pasal keja - no idea... hihihi... saya keje gomen - tetap dan berpencen... ;)

no.3 : rumah pun tak bole komen... ;)

no.4 : kalau Mak nak tolong jaga - biar la, selagi tak menyusahkan Mak... nanti umur dia 4 tahun - hantar la... mula-mula mmg dia akan nangis... tapi nanti dia ok... budak skrg cepat sesuaikan diri... percaya la... ;)

ok... setakat ini pendapat saya...