29 January 2013

Limited Ke?


Hari ni kita cite pasal mekap-mekap. Rasanya kat blog ni aku jarang sangat ya amat nak cite mekap ni kan? Kita cite pasal lipstik nak? Uols suka pakai lipstik color apa? Earth? Plum? Shocking Red? Dulu masa kat U aku rajin pakai lipstik kaler plum. Lipliner pun pakai sekali. Tapi bila da kerja ni macam malas pulak nak pakai yang remeh temeh tu. So we stick tu lipstick je la. Tak kuasa nak pakai lipliner bagai.

Korang suka pakai lipstick yang macam mana? Creamy? Matte? Brand apa yang best? Masa kat U saya pakai jenama bajet je. Asal ada color yang menawan, aku beli je. Mana la pandai nak pakai yang mahal-mahal time tu. Bila da keje ni barulah nak merasa kan? Rasanya banyak yang da aku try Dior, Estee Lauder, Bobbi Brown, etc. Tapi yang paling aku suka ialah MAC. Sebab macam serasi je dengan bibirku yang mungil ni. Mungil ke?

Tinggal sikit je lagi. Lipstik saya masih ada shape, walaupun di hujung nyawa. Korang punya lipstik bole maintain shape dia tak?


Amplified Satiate nama diberi. Amplified ni dia bagi sedikit creamy texture. Tapi color ini sudah tiada dijual lagi. SA tu cakap color ni limited edition which im not aware of. Hish!


Ni color yang baru beli. Macam sedikit merah. Im still contemplating nak guna ke tak. I takmo bibir merah macam Mak Ngah!.


Comparison between those two colors. Nampak macam sama tapi tak serupa. Haruskah saya beli lagi satu? Hmmmmmm......

6 comments:

ejaMaria said...

ya... kalau saya... mmg akan pergi beli lagi satu...

Daddy Ziyyad said...

errrr..tak reti nak komen...pasal saya tak pakai lipstik! haha

A D I A said...

i love mac punya lipstick too! and rasanya kaler wise kita sama la. i love plum. mungkin sebab tona kulit kita sama la.

ummiross said...

Syida..tayanglah sikit bibir yang mungil tu, hehe..

Elyn Sani said...

Beli je! Nnt nk pakai ko mix kan je kaler lain2 tu hasil nye mesti cun. Tak cun jg salahkan aku lak ekekke

Mama Hanim said...

beli lagi satu.. cadangan ditutup..hehe.