11 January 2013

Pencuri!!


Dulu masa sekolah menengah aku masuk kelas yang ada lukisan teknikal. Sungguh bersemangat aku/kami sekelas belajar subject ni sebab kat sekolah tu we are the 1st batch yang belajar lukisan kejuruteraan shortform LK. Semua peralatan yang digunakan kat kelas tu pun baru-baru belaka seperti T-square, board etc. On top of that, aku ada satu board dan Tsquare kat rumah, konon-konon nak mengulangkaji kat rumah. Tapi ke lauuuuuut. Semua orang dalam kelas tu menggunakan pensel Rotring (sila rujuk gambar dibawah)

Lebih kurang macam ni la pensel tu. Puas aku google, takde pulak exact gambarnye. Memang pensel tu menjadi kegemaran aku. Lama jugak aku pakai pensel ni, dari form 4 sampai semester 1 kat UTM. 
Masa semester 1 kat UTM, aku belajar lagi subject LK ni. Tapi satu kejadian telah berlaku dimana pencil case aku hilang, then pensel kegemaranku jua hilang. Sedey tau. Aku ni jenis setia pada yang satu. 

Entah macam mana bila nak cari pencil yang best to replace rotring ni aku telah membeli pensel faber castell. Kenapa tak beli rotring lagi? Sebab pensel faber castell ni lagi best. Sila rujuk gambar dibawah.





Lama aku pakai pensel ni. Pernah hilang masa kerja kat WCT tahun 2002, tapi aku beli yang sama jugak. Pastu hilang lagi tahun 2006 kot, aku beli yang sama. 2 batang terus. Sebab takut hilang lagi. Lepas tu hilang lagi, tapi aku ada pensel back up. Bijak tak?

Pada tahun lepas sekitar hujung May, lagi 2 hari birthday Riffa, pensel ni telah ghaib a.k.a hilang. Ala... kalau hilang belilah lagi. Ya, memang aku nak beli lagi. Tapi faber castell dah stop producing this particular series. Hampa okeh!. Satu ofis tau ni pensel favorite aku, diorang pun tolong carikan tapi memang tak jumpa. Kat Malaysia ni da takde jual lagi. Aku siap cari kat ebay nak beli pensel ni, tapi harganya agak melampau. So, aku KIV dulu nak beli pensel replacement. Tapi aku ni suka menulis pakai pensel. So, around October last year, aku beli pensel baru. Sila rujuk gambar di bawah. Aku mengambil masa 5 bulan nak cari pensel baru.




Pensel agak berat sikit. Beli dengan half hearted.

And you know what, i saw the faber castell pencil kat meja budak admin opis aku masa dia tengah lunch. Malas aku nak gado, aku amik je. Sebab kat ofis ni, aku sorang je yang pakai pensel tu. Geram okeh!

7 comments:

A D I A said...

motif kena pakai pensil je? mcm budak skolah je tauuuu.

bujal X said...

uii~~mahal ke pensil tu??

Daddy Ziyyad said...

zaman sekolah dulu, 'pensil tekan' tu mmg mahal wehhhh..jeles tgk kawan2 pakai...ekekekek..

lepas ni letak nama kat pensel tu, kalau tak kena curi lagi!

Fadilah Aziz said...

Wah, ini memang otai pensil ni..pasni jaga bebaik faber castel tu:)

kakngah said...

product faber castel mmg bes la dr pen, pencil, color pencil, crayon...
si adam takmo pkai cap lain.. semedang cap faber castel.

ummiross said...

Alamak tak bestlah kan ada yang ab=mbik pensil kita camtu je. Takpe lepas ni simpan elok2 ye Syida, nanti kan ada lagi yang gatal tangan nak ambik faber castell tu

~ana~ said...

kalau ana pun mmg ambik je terus pencil tu..dah mmg sah2 kita punya kan...