31 January 2013

Tak Menjadi :(

Aku tak pandai masak. Yang biasa-biasa tu bole la, kot. Nak baking? Agak jauh dari jangkauan mindaku ini. Aku tak suka sangat nak baking guna oven. Tah, tak tau nape? Tapi kalau tak guna oven, cepat je aku usahakan bagi menjadi. Pada suatu hari, aku telah menemui resipi oreo and cheese balls kat blog Maikorner . So aku tanpa membuang masa, balik keje, tidokan Riffa, pastu aku terus buat. 


Nampak macam cantik. Cantik ke? Ahahaaaa.... Tapi rasanya agak sesuatu. Aku tak tau mana silapnya. Aku pasti aku dah ikut resipi tapi tak bape nak sedap. Aku bawa ke ofis, mereka pun cakap kureng sedap. Maka pastilah tak sedap kan?

Mungkin aku kepal oreo and cheese tu dengan kekurangan kasih sayang?

12 comments:

~ana~ said...

yg marie lapis cheese resepi kak zarin dah buat?

Huda said...

nampak sedap kak :) xpe leh try lg later..

ieda immi said...

aah nampak sedap dik
x per2 .. leh cuba layie ;)

Nieza Ishak said...

sedap jerkkk nampak.
kalau buat utk Ika compom dia syiok.

Yunus Badawi said...

nampak mcm muka beruang panda ..... ngeee

Daddy Ziyyad said...

memasak ni...tak kira masak lauk/mee/kuih muih/kek...kalau ikut resepi..belum tentu 100% berjaya...sebab kadangkala ada ' secret bahan2 nya yg sengaja tak di beri'...ataupun, ada teknik membuat yg tak diterangkan...kena hands on, practical one to one..then practice, practice, practice....Ni apa yg wife saya cakap la..hasil dia rajin belajar memasak itu dan ini, ...:)

A D I A said...

betul kata org atas nih. kena byk prektis. takpe tak pandai masak pun laki sayang kannnn.

ejaMaria said...

takpe esok cuba buat lagi...

mmmm... check tak oreo tu dah expired ke tak?... ;p

salmia saidin said...

ayat "pada suatu hari" tu tak tahan.. hahaha

tu kuih pau versi apa tu?

mama_umar_maryam said...

hehehhe,dh try resepi oreo ciskek masuk peti ais aku? confem jadik!xde rahsia,hahahha

Drama Mama said...

Oreo Cheese Balls Kurang Kasih Sayang..hmmm bole buat bisnes ni. Hahahaha! Sbb coklat tu kot? I pun pernah buat something lk this minus the cream cheese and oreo I tak crush buat sebijik2...x berapa sedap gak. I blame it on the coated choc. Hehe

Mama Hanim said...

dah makin bertambah skills tu..makin best la pasni.. good luck syida..