01 February 2013

Crazy About Lapis Marie Cheese

Sejak balik dari rumah Kak Eda haritu, modjo nak membaking sudah mari. Ni semua salah Kak Zarin sebab dia bawak kek lapis marie cheese tu. Ya! Sila salahkan dia. Hahahahhaa. Setelah mendapatkan resipi, keesokkan harinya terus aku try. Ni semua gara-gara kedai bahan-bahan baking tu depan ofis je. Ya! Mari salahkan kedai tu pulak.


Yang ni 1st attempt buat time lunch kat ofis. Siap bawak hand mixer dari rumah. Bila da siap, terus tweet kat Kak Zarin. Sekali Kak Zarin tanya nape whipped cream denga cream cheese tu tak campur? Maap chegu, tak sempat nak digest resipi, terus nak buat jek. The next day, aku buat lagi seadunan, 2nd attempt. hub tak sempat nak makan, da abes.


Yang ni 3rd attempt, buat kat Melaka masa cuti panjang aritu. Lebih menarik sebab buat dengan berhati-hati. Tak cukup pulak. Kene buat lagi seadunan. Dalam masa kurang dari seminggu, aku buat kek lapis marie ni 4 kali. Sekarang dah tak larat nak makan lagi. Uols nak resipi ke? Sambil tido pun bole buat.

250g (1/2 tin) susu pekat manis
250g cream cheese
300ml whipped cream
Masukkan dalam mixer semua bahan ni sampai cream cheese tak berketul
Susun biskut marie dalam bekas
Lapis-lapiskan
Masukkan dalan fridge semalaman
Siap!

Senangkan. Bole buat dalam masa 15min je.

Thanks to Kak Zarin!

8 comments:

ummiross said...

Sedapnya!, boleh buat ni, kebetulan whipped cream ada lagi, tq Syida kongsi resepi.

Daddy Ziyyad said...

Hmmmmmm..nak cadangkan pada wife saya resepi ni...hihihihihi

Mama Hanim said...

wah menarik tu.. tq ada resepi sekali..

~ana~ said...

ana x buat2 pun lg..tp mmg la..resepi kak zarin ni senang gile..

kakngah said...

waaa.. cam senang je tu. adam dah komlen lama aku tak buat kek.
masalahnya..
MANA MIXER AKU???
sudah terbakar kah?
huwaaaaa!!!

ejaMaria said...

amboi... 'sambil tido bole buat' tu ayat tak menahan... :)

ejaMaria said...

emmm... biskut Marie tu kalau ganti dgn biskut oreo dihancurkan... pun best gak kan?

Fadilah Aziz said...

menarik dan simple...yummynya:)