25 February 2013

Keganasan Rumahtangga Saya

Saya seorang yang tak banyak cakap. Hub also seorang yang tak banyak cakap. Namun kami mempunyai sebuah keluarga yang ganas. Lihatlah apa yang telah saya buat dengan iron kami... 


Saya letak iron di tempat yang tinggi supaya tidak mudah dicapai oleh Riffa. Ketinggian yang dimaksudkan ialah lebih kurang 5 kaki setengah dari aras lantai. Iron ini juga pernah jatuh ke kepala saya dari ketinggian itu. Sila bayangkan. Saya terasa macam kena hempuk dengan tukul besi, terasa segitiga atas kepala tau! Oleh kerana iron ni dah tak selamat digunakan, mak telah memberi instruction untuk menukar yang baru walaupun saya telah menekankan bahawa ianya masih boleh digunakan. Tetapi mak saya tidak mudah termakan kata-kata saya yang nak save bajet itu.


Pada hari yang sama juga saya dan Aqid  telah ke Jusco AU2 untuk membeli sterika baru. Saya pilih yang ni supaya mudah nak iron baju. Permukaannya sangat licin, senang je dia meluncur atas baju. Tetapi ia tak begitu panas, agak sukar nak gosok baju yang banyak komot-komotnya. Dah beli, guna aje la.

Berapa lamakah usia iron/sterika di rumah anda?

9 comments:

SYANI said...

Pergh... ganazzzzzzzzzz

Nieza Ishak said...

senang tak ek yg iron diri?

kakngah said...

dah lebih 5 tahun.
tapi bahagian muncung depan tu dah sumbing. payah berul bila gosok bucu bj sekolah.

~ana~ said...

masuk 6 thn..start guna dr kawin sbb iron tu hadiah org bagi masa kawin..:)

ummiross said...

hohooo!, jelas sekali keganasannya. Aduh!!, sakitnya bab kena hempuk di kepala tu Syida, hati-hati ye.

shaza said...

iron aku guna tu beli masa baru kawen sampai sekarang ni... ade iron baru dalam kotak yang masih belum di gunakan.. kes beli hadiah untuk orang kawen tapi tak pegi..

shaza said...

iron diri tu aku teringin nak beli... tengok orang tu buat demo macam laju jer..

Unknown said...

mak aih..betul2 ganas tu kak :)

yana said...

dari form 4..tahun..1995..errr..18 tahun..masih bertahan..cap National..