18 February 2013

Kesian Pakcik Teksi


Hari-hari saya memandu kereta dari Keramat ke Shah Alam. Jarak perjalanan sehala lebih kurang 40km yang mengambil masa lebih kurang 30minit. Nota : Saya keluar rumah pada jam 9 pagi untuk mengelak jem. Kat office tiada punch card atau thumb print, so pandai-pandai la adjust masa untuk mencukupkan 9jam bekerja. Saya melalui 2 lebuhraya iaitu DUKE dan NKVE. Tol bagi perjalanan sehala adalah RM 5.30 sahaja.

Dalam seminggu kadang-kadang ada nampak kereta accident atau rosak kat highway tu. Tapi hari ni bila saya masuk je highway DUKE, saya ternampak sebuah teksi rosak di tepi jalan. Hati saya tersentuh sebab rasa kasihan kat pakcik teksi tu. Dia mengejar penumpang bagi membayar sewa teksi harian. Saya terus memandu, since saya tak dapat menolong beliau. Semoga dipermudahkan kesulitan beliau itu.

Lagi sikit je bila nak sampai tol DUKE, semua kereta mula perlahan. Ini adalah situasi normal kalau jem nak masuk tol DUKE pada jam 9.15am. Bila semua kereta bagi signal ke kanan, saya pun ikut. Rupanya ada teksi langgar myvi. Kesian pakcik teksi tu, kelihatan dia sangat tua. Hampir suku bahagian teksinya remuk. Myvi tu remuk kat bumper je. Muka pakcik tu memang sangat serba salah. Mungkin salah dia sebab tu dia terlanggar myvi tu. Mesti semak kepala otak pakcik tu sebab tak dapat cari penumpang hari ni.


Saya pemandu berhemah. Bercamwhore bila tengah jem akibat kemalangan yang disebakan oleh pakcik teksi. First time pakai shawl, serabai betul.

11 comments:

Yunus Badawi said...

Sungguh prihatin. W/pun awak tak dapat menolong 2 org pakcik teksi tu tapi doa itu cukup bermakna.

bujal X said...

first time tengok muka tuan blog~~

shaza said...

actually memang kesian bila teksi diaorang rosak atau accident sebab mata pencarian bergantung kat teksi tu je.. dapatnye tak seberapa tapi nak kena bayar sewa teksi.. yang kenyangnya orang2 tertentu..

Dr K said...

Highway DUKE & NKVE ni...mmg saya tak panggil hway...kita bayar tol, tapi hari2 jem..jem teruk...

Mmg kesian tgk nasib driver taxi macam pakcik2 ni..Kalau jenis taxi sendiri takpa..ni jenis pajak/byr harian...

ummiross said...

ramai pemandu teksi yang dah agak tua kan, memang rasa beals kasihan kat dia orang kan, apatah lagi bila terlibat dengan kemalangan.

Unknown said...

wah, cun nya:)tak dapat turun tolong pun takpa, tolong doa je moga ada pertolongan datang kepadanya dan dipermudahkan urusannya..

yana said...

Shaza..aku setuju dgn ko..
Aku kenal seseorang yg dpt permit teksi..Memang monthly masuk ribu2..pakcik2 teksi keje teruk2..itupun cukup2 makan jek..yg dkt atas?..sedih kan..

~ana~ said...

xde serabai pun...lawo je...:)

transformed housewife said...

semoga pakcik2 tu dpt selesaikan masalah diaorg.

mama_umar_maryam said...

pakcik teksi blkg citer,yg ptg manis btoll pki shawl yer ;p

Drama Mama said...

pewittttt!!! comelnya diaaaa