11 March 2013

Pancake Dairy

Sejak terjebak di kancah memasak ni, wajiblah saya mencuba resipi-resipi dalam buku tu kan? Resipi pilihan adalah pancake. Saya suka pancake yang fluffy,bukan bermakna saya alah kepada lempeng. Tapi saya memang suka mencuba resipi yang mak saya tak buat. Kenapa pilih pancake? Sebab bahan-bahan nak membuatnya tu semua ada kat rumah dan cara-cara nak masak pun mudah. 

Cubaan pertama buat pancake bertajuk "Berries Pancake". Sungguh barat tajuknya. Tapi rupanya tidak seindah tajuk. Sama je macam buat pancake lain, tapi tambah berries. My verdict: Letak berries pancake jadi masam. Rupa pancake pun tak cantik. Malas nak snap gambar.



Ini adalah hasil cubaan kedua di esok harinya. Cantik. Licin je permukaan dia bila tiada berries. Tapi tak fluffy. Tapi memang lebut, cuma tak fluffy. Wajib dikaji lagi resipi itu!


Percubaan di hari ke tiga, which is seisi rumah perlu memakan pancake selama 3 hari berturut-turut untuk breakfast. Ya! Saya gigih membuat pancake di pagi hari sebelum pergi kerja. Hasilnya masih seperti hari ke 2, tetap tak 'naik'. Bila saya kaji kat internet, ada yang suruh letak 2 sudu vinegar dalam bancuhan. Tapi macam pelik je jika pancake bercuka.

Selain daripada cuka, apa yangboleh buat pancake ni fluffy? Baking powder dan soda bicarbonate tu memang dah letak. Kena guna tepung naik sendiri ke?

6 comments:

~ana~ said...

kak, setau i, kalau dah letak BP dgn SB tu, no need la self raising flour tu...milk, butter, egg, and flour...tu je rs nya...resepi ana guna either one je, SB or BP...tp lupa plak which one yg ana letak...
try la tnya sifu kak zarin...

Dr K said...

nanti saya suruh wife saya baca entri ni...:)

ummiross said...

Tak dapek den nolong!, den pun tak tau juga.

yana said...

syida..cuba guna method aku ni..
setakat aku buat..jadi..dia naik..
tepung+susu tepung anak ko pon boleh dalam dua sudu..+ soda + natrium BB..and secubit garam

mama_umar_maryam said...

aku xtau buat pancake nih..klu ade tepung,asek2 cekodok bilis & bwg,hehehe

nurul said...

kalau buat silalah roger, bole dtg tlg perabis, xyah nk kne mkn 3 hari. kjap je abes. kikiki.