03 April 2013

Pendaftaran Darjah Satu : Checked!

Last week lepas baca status YB kat fb pasal pendaftaran Adam ke darjah 1, aku baru terpanggil (terpanggil kah?) untuk membuat pendaftaran untuk Aqid. Ya, Adam dan Aqid adalah sebaya walaupun bapa mereka tidak sebaya. Hahahaha. Last friday di pagi hari aku terus call YB untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara-cara mendaftar sekolah ni. Aku takde pengalaman dalam hal ni, kenalah tanya dengan orang yang lebih berpengalaman. Tahniah YB, anda terpilih! :)

Gosh! Its not easy nak daftar anak sekolah ni. Sekarang baru aku tau. Tapi mak aku cakap nak daftar aku sekolah dulu-dulu senang je. Banyak documentation yang nak kena compile. Hari Isnin aku ambil cuti semata-mata nak settlekan registration ni. Aku dan papa pegi ke sekolah untuk ambil form dan kami telah bawa document sepertimana yang dinasihati oleh YB, tapi ada juga yang terlepas pandang. So, tak dapat nak settle di hari itu. Kami pulang ke rumah, digest forms tu betul-betul, compile semula dokumen, dan papa submit esok harinya.


Alhamdulillah, pendaftaran Aqid dapat nombor seperti di atas. Rasanya peluang cerah untuk dapat sekolah tu. InsyaAllah. Untuk sekolah pilihan ke 2, kami letak Sek Keb Taman Tun Dr Ismail dan pilihan ke 3 kami letak Sek Seri Bintang Utara. Kedua-dua sekolah ni adalah sekolah bistari di KL. Tapi jaraknya dari rumah adalah lebih 30km. Takkan la orang jabatan pendidikan nak bagi aqid sekolah jauh sangat dari rumah? Betul tak?
Uols dah daftar anak sekolah ke?

9 comments:

Yunus Badawi said...

Bukan bapak budak2 tu aje tak sebaya tapi emak2 mereka pun tak sebaya ..... hehehe


Kenapa tak letak SK Lahad Datu? Lagilah jauh dan di bawah pentadbiran Jab Pelajaran yang berbeza ..... hahaha

bujal X said...

sekolah berprestasi separuh penuh ada tak?

Daddy Ziyyad said...

Sekolah rendah pun dah ada yg berprestasi tinggi ya? Saya mmg tak tahu...how old is Aqid? Sebaya anak saya ke? Sebab saya tak daftarkan lagi anak saya..huhuhu

transformed housewife said...

dah daftar dah anak kedua knur. thn dpn dia akn satu sek. dgn kak long dia la.

yana said...

30km x jauh..lbh kurang ank2 aku jek..

~ana~ said...

x daftar pun lg..huhuhu

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Fadilah Aziz said...

eh..saya pun hubby ada cakap dah boleh daftar aritu..tapi belum buat lagi la..sekolah bestari ni tak silap kena ada exam entrance dulu kan?

mama_umar_maryam said...

dah buat jugak ;)