17 June 2013

Father's Day Weekend


Pergh!!

Tajuk tak agak-agak. Yela, hujung minggu haritu semua orang sibuk nak celebrate Father's Day kan. Actually kami takde celebrate fathers day bagai ni. Tak pernah aku terfikir nak sambut. Entry ni pun takde kaitan dengan tajuk hehehehe.

Sabtu:

Pagi-pagi aku bangun dengan penuh semangat buat lasagna. Ni kali kedua aku buat lasagna. Paras rupa memang cantik. Tapi rasanya MASIN. Silap bajet garam. Oleh kerana dah silap maka tiada gambar akan ditunjukkan.

Hari ni kena ambil report card Aqid. Dia dapat no.4. Alhamdulilah. Seminggu sebelum exam dia demam for the whole week. Takde prepare apa pun. Dia cakap nak sport shoes sebab hujung bulan ada sukan sekolah.

Petangnya aku ajak papa pegi jalan-jalan kat Kenanga Wholesale tu. Sangat heaven disana. Aku beli 3helai dress dengan harga RM 100. Pastu blouse RM20 sehelai. Lepas tu pegi makan seafood.


Ahad:

Nothing much we did in the morning. Tetapi di petang hari mak suruh cari sport shoes Aqid since dah ada request semalam kan?. Ok la mak. Kami pergi ke Wangsa Walk. Beli kasut Ben10 ada lampu liplap RM40. Makan A&W kat sebelah kedai kasut tu. 

At 5pm kami menonton Man Of Steel. Sejam yang pertama Aqid tido sebab dia dok bercakap jek. Riffa? Masuk house terus zzzzzzz. Tapi papa kejut Aqid to make sure dia tengok part terbang2 tu.


Kemho bersama anak-anak before sampai Wangsa Walk


Dah abis tengok Superman, kita amik gamba dengan Turbo ni dulu. Aqid dah cakap awal-awal dia nak tengok cite Turbo (snail tu) sebab dia selalu main game dia.

Tu je la activity kami di hujung minggu.

Anda bagaimana?

4 comments:

ummiross said...

Syida..kat Kenanga tu memang best, dah lama ummi tak pergi sana.

Dah lama tak singgah, Riffa dah besar!

yana said...

Mabuk kalau masuk kenanga! Boleh buat bisnes online..brg2 murah giler..tp kena beli banyaklah kan..

~ana~ said...

hujung minggu di penuhi dengan mengadap tesis, menulis tesis, membaca tesis...smpai naik muntah dah...

zety said...

ni father's day ka shopping day? hahaha..aku blm smpi kwc tu