17 June 2013

Father's Day Weekend


Pergh!!

Tajuk tak agak-agak. Yela, hujung minggu haritu semua orang sibuk nak celebrate Father's Day kan. Actually kami takde celebrate fathers day bagai ni. Tak pernah aku terfikir nak sambut. Entry ni pun takde kaitan dengan tajuk hehehehe.

Sabtu:

Pagi-pagi aku bangun dengan penuh semangat buat lasagna. Ni kali kedua aku buat lasagna. Paras rupa memang cantik. Tapi rasanya MASIN. Silap bajet garam. Oleh kerana dah silap maka tiada gambar akan ditunjukkan.

Hari ni kena ambil report card Aqid. Dia dapat no.4. Alhamdulilah. Seminggu sebelum exam dia demam for the whole week. Takde prepare apa pun. Dia cakap nak sport shoes sebab hujung bulan ada sukan sekolah.

Petangnya aku ajak papa pegi jalan-jalan kat Kenanga Wholesale tu. Sangat heaven disana. Aku beli 3helai dress dengan harga RM 100. Pastu blouse RM20 sehelai. Lepas tu pegi makan seafood.


Ahad:

Nothing much we did in the morning. Tetapi di petang hari mak suruh cari sport shoes Aqid since dah ada request semalam kan?. Ok la mak. Kami pergi ke Wangsa Walk. Beli kasut Ben10 ada lampu liplap RM40. Makan A&W kat sebelah kedai kasut tu. 

At 5pm kami menonton Man Of Steel. Sejam yang pertama Aqid tido sebab dia dok bercakap jek. Riffa? Masuk house terus zzzzzzz. Tapi papa kejut Aqid to make sure dia tengok part terbang2 tu.


Kemho bersama anak-anak before sampai Wangsa Walk


Dah abis tengok Superman, kita amik gamba dengan Turbo ni dulu. Aqid dah cakap awal-awal dia nak tengok cite Turbo (snail tu) sebab dia selalu main game dia.

Tu je la activity kami di hujung minggu.

Anda bagaimana?

05 June 2013

WW


31 May 2013

Aqid Is 5!

Hari ini genap Aqid Rafif berusia 5 tahun 2 bulan. Sungguh lambat mommy dia nak update kat blog kan? Actually birthday Aqid pada 31 Mac. So 2 bulan dah lewat nak letak kat blog. Sorry Aqid, mommy insan yang tidak lari dari melakukan kesalahan. :) Tahun ni Aqid purposely request to us yang dia nak celebrate kat school. Dulu kecik-kecik tak pandai nak request, bila dah besar....nah, amik kau! Hahahhahaa 


Again, cake by kak Zarin. Deco yang sama macam kek Riffa sebab mommy malas nak fikir. Tapi cake Aqid ni besar, almaklumlah buat kat school, so kena cater for 50pax.


It was supposed to be a rainbow cake, tapi bila dah kena buat untuk 50pax, maka kita perlu potong budget untuk 4 warna so tinggal 3 je. Ala, budak kecik mana elok makan pewarna sangat kan? Semua teacher Aqid cakap sedap. Terlalu sedap sampai aku sendiri tak merasa nak makan. Sekejap sangat dah licinsssss....


Embah bersama Aqid. Kalau boleh aku nak papa attend sekali party ni, tapi cukuplah aku sorang dah ambil cuti semata-mata nak menguruskan birthday party Aqid ni.       


Ini budak kecik pun kena bawa sekali. Dia suka sangat kat school Aqid, yela dok rumah 2 orang dengan embah je hari-hari takde ramai kawan macam kat school. Hmmm....bila nak hantar Riffa kat school ye? Nanti embah takde kawan kat rumah.

29 May 2013

Riffa Is 2!

Alhamdulillah.

Hari ini Muhammad Aqif Riffa dah 2 tahun. Syukur ke hadrat Allah sebab saya dapat BF dia sehingga ke hari ini. Even though cuma dapat fully BF sehingga setahun dan selebihnya terpaksa mix during working hours tapi saya amat tidak menyangka saya dapat melakukannya. Dengan sokongan family tak lupa kepada rakan blogger terutamanya Acik Singa yang telah memperkenalkan motillium kepada saya. Saya amat berterima kasih kepada anda sekelian. I always have a panic attack bila milk supply saya merundum tapi saya kuatkan semangat serta setkan kat minda saya bahawa jika orang lain bole bf sampai 2 tahun, kenapa saya tak bole? Ok, statement itu agak emosi, but itulah yang terbuku di hati. 



Cake made from the bottom of kak Zarin's heart. Not my heart, sebab mommy order je. I saw the deco at Doc ZZ ' s wife fb page. So i asked kak Zarin to do the same.


Sesi potong kek kat kampung. We celebrate it secara wasatiah. Among family members je.





Birthday boy dapat basikal baru. Alasan kene beli basikal ialah sebab dia asyik nak rebut dengan cousinnya itu. 

Happy Birthday Riffa!






10 May 2013

Cuti-Cuti Malaysia

Gosh! Dah lama sangat blog ni bersawang. Entry ni pun dah lama nau dok kat draft. Ni cerita tahun lepas. Bulan December to be exact. Masa cuti sekolah. Family FIL ajak bercuti kat tempat sejuk. Tidak diluar negara yea kawan-kawan. Kita pegi Cameron Highland je. Aku last jejak kaki kat sini pun masa tahun 3 kat UTM. Tu pun sebab ofis mak ada family day. Enjoy the photos!