04 January 2012

Azam

Dah 4 Januari baru nak buat entry pasal azam. Ikut suka aku je kan?. Azam aku tahun ni ialah tak nak shopping untuk diri sendiri sepanjang tahun ini dan menyambung azam tahun lepas untuk berpuasa daripada membeli handbag.

Azam tahun lepas telah dilaksanakan dengan jayanya. Actually pada mulanya macam takleh nak percaya pada diri sendiri yang aku berazam sebegitu rupa. Namun, niat yang suci akan sentiasa diredhai Allah. Alhamdulillah.

Setelah 4 hari melalui tahun yang baru, tiada sebarang pembelian dibuat untuk diriku. Tapi mungkin ada yang akan bertanya, "Nanti raya takkan tak shopping langsung?" Insyaallah aku takkan shopping. Sebab:

1. Kain untuk baju raya tahun lepas+tahun lepas punya lepas+tahun lepas punya lepas punya lepas pun ada yang masih belum berjahit. So, tak perlu nak beli lagi.

2. Kasut raya - tak perlu beli yang baru sebab aku ada sepasang kasut yg khas dipakai untuk tengok orang kawin. Bole ulang pakai untuk raya pulak.

3. Handbag - Tiada handbag tahun ni sebab masih berpuasa untuk tahun yang kedua.Aku tak perlukan designer handbag bagi mengamalkan konsep wasatiah.

4. Tudung - bole ulang pakai mana yang ada.

So moralnya, takde sebab untuk aku bershopping tahun ni.

* I am aiming for something BIG!

9 comments:

ummiross said...

hehe..betul tu Syida,kita punya azam kita punya sukalah kan, janji baik punya, hik!
Something BIG, hmm apa ek?Kami tunggu..

kakngah said...

tahniah.
semoga tahun ni pun berjaya jugak.

A D I A said...

semoga azam u tercapai, jangan bring forwad lagi ye. i lagi berminat dgn ayat " aiming something big' iteww.

apakahhh?

kaklong said...

kaklong tak tengok orang kawin,
tengok orang bersanding....
:D

ejaMaria said...

hehehe...
iye ke tak shopin baju raya nanti... ;p

DrSinga said...

aku tunggu.....

heh heh hehh....
moga berjaya..

kakyong said...

apakh yg something big tu.. ;)

Izan Ishak said...

yelah syida... tertanya2 apa yg something big itu?

Ermayum said...

salute kak gorjesss hep hep :)