10 May 2013

Cuti-Cuti Malaysia

Gosh! Dah lama sangat blog ni bersawang. Entry ni pun dah lama nau dok kat draft. Ni cerita tahun lepas. Bulan December to be exact. Masa cuti sekolah. Family FIL ajak bercuti kat tempat sejuk. Tidak diluar negara yea kawan-kawan. Kita pegi Cameron Highland je. Aku last jejak kaki kat sini pun masa tahun 3 kat UTM. Tu pun sebab ofis mak ada family day. Enjoy the photos! 






08 May 2013




Sent from Samsung Mobile

03 April 2013

Pendaftaran Darjah Satu : Checked!

Last week lepas baca status YB kat fb pasal pendaftaran Adam ke darjah 1, aku baru terpanggil (terpanggil kah?) untuk membuat pendaftaran untuk Aqid. Ya, Adam dan Aqid adalah sebaya walaupun bapa mereka tidak sebaya. Hahahaha. Last friday di pagi hari aku terus call YB untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara-cara mendaftar sekolah ni. Aku takde pengalaman dalam hal ni, kenalah tanya dengan orang yang lebih berpengalaman. Tahniah YB, anda terpilih! :)

Gosh! Its not easy nak daftar anak sekolah ni. Sekarang baru aku tau. Tapi mak aku cakap nak daftar aku sekolah dulu-dulu senang je. Banyak documentation yang nak kena compile. Hari Isnin aku ambil cuti semata-mata nak settlekan registration ni. Aku dan papa pegi ke sekolah untuk ambil form dan kami telah bawa document sepertimana yang dinasihati oleh YB, tapi ada juga yang terlepas pandang. So, tak dapat nak settle di hari itu. Kami pulang ke rumah, digest forms tu betul-betul, compile semula dokumen, dan papa submit esok harinya.


Alhamdulillah, pendaftaran Aqid dapat nombor seperti di atas. Rasanya peluang cerah untuk dapat sekolah tu. InsyaAllah. Untuk sekolah pilihan ke 2, kami letak Sek Keb Taman Tun Dr Ismail dan pilihan ke 3 kami letak Sek Seri Bintang Utara. Kedua-dua sekolah ni adalah sekolah bistari di KL. Tapi jaraknya dari rumah adalah lebih 30km. Takkan la orang jabatan pendidikan nak bagi aqid sekolah jauh sangat dari rumah? Betul tak?
Uols dah daftar anak sekolah ke?

11 March 2013

Pancake Dairy

Sejak terjebak di kancah memasak ni, wajiblah saya mencuba resipi-resipi dalam buku tu kan? Resipi pilihan adalah pancake. Saya suka pancake yang fluffy,bukan bermakna saya alah kepada lempeng. Tapi saya memang suka mencuba resipi yang mak saya tak buat. Kenapa pilih pancake? Sebab bahan-bahan nak membuatnya tu semua ada kat rumah dan cara-cara nak masak pun mudah. 

Cubaan pertama buat pancake bertajuk "Berries Pancake". Sungguh barat tajuknya. Tapi rupanya tidak seindah tajuk. Sama je macam buat pancake lain, tapi tambah berries. My verdict: Letak berries pancake jadi masam. Rupa pancake pun tak cantik. Malas nak snap gambar.



Ini adalah hasil cubaan kedua di esok harinya. Cantik. Licin je permukaan dia bila tiada berries. Tapi tak fluffy. Tapi memang lebut, cuma tak fluffy. Wajib dikaji lagi resipi itu!


Percubaan di hari ke tiga, which is seisi rumah perlu memakan pancake selama 3 hari berturut-turut untuk breakfast. Ya! Saya gigih membuat pancake di pagi hari sebelum pergi kerja. Hasilnya masih seperti hari ke 2, tetap tak 'naik'. Bila saya kaji kat internet, ada yang suruh letak 2 sudu vinegar dalam bancuhan. Tapi macam pelik je jika pancake bercuka.

Selain daripada cuka, apa yangboleh buat pancake ni fluffy? Baking powder dan soda bicarbonate tu memang dah letak. Kena guna tepung naik sendiri ke?

06 March 2013

Expired!

Saya agak failed bila mengingati tarikh tamat lesen memandu. Dulu masa tahun 2010, saya telah terlewat 6 bulan untuk memperbaharui lesen memandu. Ni tadi tiba-tiba teringat nak cek, sekali tu..... 


Hamik ko! Lagi sebulan cukup setahun lesen memandu saya dah expired. Since dah gaji ni, moh le kita post office untuk renew driving license. Bila driving license korang expired?