08 February 2013

Sama Tapi Tak Serupa

Aku mula guna facial wash and moisturizer since umo 12 tahun. Masa tu belum ada jerawat pun, tapi dah mula rimas bila rasa muka berminyak. Mana taknya, pagi pegi sekolah kebangsaan petang pegi sekolah agama. Masa tu aku dok kat Skudai, memang trend orang Johor anta anak sekolah pagi petang. Tatkala itu aku terasa culture shock sebab dalam sehari kena pegi sekolah 2 kali. Kat KL takde sekolah banyak kali pun. Tapi aku sekolah agama ni tak lama pun, tahan untuk 2 tahun je. Penat. Alasan!. 

Berbalik kepada cite facial wash dan moisturizer tadi, dulu aku guna facial wash biore je. Tiub kecik tu bole tahan 2 bulan. Aku pakai Oil of Ulan (atau Olay). Dari umo 12 tahun hingga ke 18 tahun, aku guna 2 benda ni untuk mengekalkan kejelitaan semulajadi. Lantas. Ceh, lantas konon. Lantas adikku telah memperkenalkan aku dengan facial wash Neutrogena. Best giler weh. Texturenya sangat ringan dan aku rasa best. Terus aku mengekalkan penggunaan Neutrogena sehingga ke bulan lepas.

Ni la yang mencuci minyak serta debu melukut di tepi gantang di wajahku selama 16 tahun. Tapi bila manusia semakin malas, aku rasa nak buat foam sebelum mencuci muka adalah sesuatu yang boleh membakar kalori, maka aku telah membeli pencuci muka yang self-foaming. Giler malas, kan?

Sama je gambar atas dengan bawah, tapi yang atas kena buat foam sendiri, yang ni self foaming. Bila aku guna yang self foaming, muka aku naik jerawat okeh! Geram acik taw! Terus aku banned pencuci muka self foaming ni. Tapi bila hub pakai, elok je muka dia. Mungkin Allah nak tunjuk, disebabkan kemalasan untuk buat foam, Allah bagi jerawat.

Lupa nak cite pasal moisturizer, sampai sekarang aku still guna Olay. Setelah 20 tahun pakai, memang terbukti Olay is the best! Tapi nape Olay tak amik aku jadi duta? wuwuwuwuwu.

Moralnya: Muka orang malas akan ditumbuhi jerawat.


Camwhoring bila tengah panas enjin kete. Nampak tak muka aku yang penuh pimples itu? By the way, ni inner neck dengan hoodie AlHumaira Contemporary. Cun tak?

10 comments:

~ana~ said...

cun sgtttttttttttttt........

Quran Kini said...

Assalamualaikum,

Saya dari QuranKini.com ingin ingin menjemput saudara/saudari untuk menyertai program affiliate kami (produk: Al-Quran Digital) dan menjana pendapatan tambahan melalui blog ini. Ia baru sahaja dilancarkan pada 8 Februari 2013 (Jumaat).

Caranya mudah sahaja: -
1. Daftar PERCUMA di QuranKini Affiliate > Klik pada butang 'Klik Di Sini Untuk Mendaftar'
2. Login akaun anda.
3. Pilih tab 'Bahan Promosi' > 'Banners/Links'
4. Copy & paste link pada blog anda

Setiap unit yang terjual, anda bakal menjana RM50.00 dan bayaran komisyen dilakukan setiap minggu terus ke akaun bank anda. TIADA sebarang limit berapa banyak pendapatan yang anda boleh jana. Mungkin mampu mencecah RIBUAN ringgit sebulan!

Malah bukan itu sahaja, bayangkan ganjaran pahala yang bakal anda terima setiap kali pembeli membaca Al-Quran Digital tersebut = pelaburan akhirat.

Terima kasih,
Team QuranKini

p/s: Sila sebarkan jemputan kepada rakan-rakan anda yang lain. InsyaAllah mendapat keberkatan bersama!

Izan Ishak said...

aduh syida... cunnya!!! kalah anak dara dgn kulit mulus gebu gitu. jeles ai dibuatnya...

ummiross said...

Wah!, berjerawat pun masih mulus gebu-gebas kulit syida, cun melecun dik!.
Ummi pun pakai Olay juga, memang best olay ni.

ieda immi said...

hasil dia nampak menawan !

shaza said...

aku pernah guna neutrogena ni mase zaman study dulu.. roomate aku yang cadangkan.. memang best tapi aku tak tau kenapa aku tak teruskan..

transformed housewife said...

jerawat naik sbb hormon tak berapa stabil kot. kdg2 kalau kita stress sgt, jerawat akan mencanak2 naik. (kalau knur mmg selalu mcm tulah)

Fadilah Aziz said...

setia nya dia..saya adalah org yg suka tukar2 produk muka, huhu..bilalah nk setia

Huda said...

comel je kak :)

nurul said...

saya dh x guna neutrogena tu.
sila pastikan pencuci muka anda xde SLS, PARABEN