19 March 2010

Malunyeee....

Perkara ni dah banyak kali terjadi kat aku. Banyaaaaaaaak kali sangat. Dan setiap kali benda ni berlaku, aku sangat malu. Memang memalukan betul. Geram sangat tau! Memang tak bole diterima akal. Tak kira la kat mana ia berlaku. The best part is, dia mesti berlaku kat tempat yang ada orang ramai seperti di shopping mall, pejabat kerajaan dan yang sewaktu dengannya.

Macam ni ceritanya, semalam aku pegi Jusco AU2 yang dekat dengan umah aku tu. Puncanya ialah nak beli petroleum jelly je. Da teruk sangat bibir aku ni sebab tu memang kene beli jugak. Lepas aku beli jeli tu, aku nak beli kayaball untuk Aqid. Maka disitulah bermula segalanya....

Kedai kayaball tu terletak dekat dalam food court Jusco tu. Dari farmasi nak ke food court tu, aku kena melalui automatic glass door yang ada sensor tu. Sepatutnya bila kita dah nak dekat glass door tu akan terbuka sendiri. Tu la kegunaan sensor. Tapi yang sebaliknya berlaku kat aku. Aku tak tau la apa masalah pintu tu atau masalah ni masalah aku. Setiap kali nak lalu kat pintu tu, mesti sensor tu tak leh nak detect kewujudan aku. Sampai aku terpaksa hentak-hentakkan kaki kat area sensor tu baru pintu tu bole bukak. Takkan la sensor tu tak leh nak detect orang yang 37kg. What is the minimum weight yang sensor ni bole detect ha? Geram tau. Orang yang nampak aku hentak2 kaki kat situ da tersengih-sengih. Benci tau.

Kalau benda ni berlaku kat satu tempat je, maybe salah pintu tu. Tapi masalahnya, selalunya kat mana tempat yang aku pegi yang terpaksa lalu pintu camni, perkara ni mesti terjadi. Mencabar kredibiliti aku je pintu-pintu macam ni. Malu tau!

3 comments:

nurul said...

kurang berat pon nyusahkan ye. elok la besar mcm kte ni, snang kje.
surf la http://babysave-d-earth.blogspot.com

ibu_arifa said...

hahaha..maap nk tergelak pulak baca.. pintu tu yg xsedar diri kot.. tapi mmg malu kan kalo selalu2.

syida said...

nurul:tgh berusaha la ni.
ibu arifa:pintu jenis tu memang macam tu kot =)