09 November 2010

Memang Mabeles!

Lokasinya kat Larkin, JB. Mesti korang tak perasan bila aku pegi cuti kan? Tee hee hee..... Aku start cuti masa hari Rabu lepas. Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu baru balik KL. Destinasinya ke JB and Singapore. Kami bercuti naik kete je. Sebab banyak tempat nak pegi jalan. Adalah lebih mudah dan praktikal kalau naik kete.

Korang penah makan kacang pool haji ni tak? This is the first time aku makan kat sini. Dulu masa aku study kat UTM Skudai selama 5 tahun tak pernah aku discover tempat makan ni. Rugi betul. Kalau tidak, mesti tiap hujung minggu aku akan menebeng kat kedai pak aji ni. Dulu dia ada branch kat Damansara tapi dah tutup sebab partner dia main-main. Pak aji yang cakap, laki aku siap intebiu dia weh! Sangat peramah pak aji ni.

Kami order sorang semangkuk. Mana bole share. Kuah tu diperbuat dari daging dan kekacang. Served with cili padi,limau, bawang potong kecik-kecik, telur dan roti yang tinggi 2 inci. Memang mabeles!

Ni gambo budak yang makan telur dalam kacang pool tu sampai 3 bijik. Itulah penutupnya. Sekian.

22 comments:

Huda said...

x penah lg syida..tp penah masuk jjcm kan..erm, nnti nak tryla,mane areanye di jb tu? nnti bgtau k :)

kakngah said...

kuah tu cicah ngn roti eh??
dlm kuah tu ada mee ke??

Nigina said...

huhuhu sedapnya.. terliur rasanya

Yunus Badawi said...

Lepas ni laki ko ada blog pula. Skrg tengah berlatih nak interview org hehehe

shaza said...

La kedai kat damansara tu dah tutup ke.. kalau tgk rupa kacang pol ni tak sangka rase die mabeles kan..

ade lg satu tempat makan kacang pol kat plaza larkin which is kat sebelah stesen bas larkin.. ko jangan lupa pulak kat mane lokasi stesen bas larkin.. 5 tahun ko study kat utm, mesti stesen bas ni tempat feveret ko bile nak balik kampung..

ibu_Arifa said...

wah..tak pernah try lagi..nampak Aqid makan mcm sedap dan menyelerakan jer tuh... (telan air liur jap..)

Nieza Ishak said...

ala yg kat damansara tue dah tutup ek? rugi betul .... sbb susah nak carik kat Kl ni ...

Salmia said...

kat kedah ni takdak kot makanan ni.. sbb tak penah tau nak cari kt mna

en_me said...

me penah try sekali jer.. ehehe

kak long said...

tak penah makan..:(

Izan Ishak said...

macam sedap je kacang pool haji tu. pernah dengar je tp blm pernah rasa lagi. bukan main selera je aqid tu ye~

chugie said...

cam best je tu.. sedap ek? nak gak lah try nanti2..

Drama Mama said...

kacang phool tu sedap eh? tak pernah makan...selalu dengar orang sebut ja. sat nak google cari kat penang ada tak? hehehe

http://twinkywinkystars.blogspot.com

rozana said...

weh..
aku pnh mkn yg kt sblk wisma persekutuan punya..
sama kn tuannya?

ejaMaria said...

best nye... tapau kan ;p

DrSinga said...

hah??!!
branch kat kota damansara tu dah tutup??!!
alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............

Elly & Emmy said...

tak pernah merasa lagik..

MasZuber said...

apa2 pasal makanan memang mabeles kak..

adoi tetibe rase nak makan itu ;p

~ana~ said...

eh..hr tuh ada tgk kat jjcm yg damansara punya..x sempat plak nak pegi..dah tutup rupanya..

Mama Hanim said...

oiitt best tu.. trus rasa lapar nih..

kakyong said...

kacang pool?
nampak cam sedap.. jauhnya kalo nak g sampai larkin...

ERMAYUM said...

memang tak pernah dgr kacang pool haji but nampak sungguh mengoda and i tergoda - lapar lak pagi2 hening ni