10 November 2010

Bekalan Di Hari Tua

Korang selalu bawak bekal pegi keje tak? Soalan kepada para pekerja. Aku everyday bawak bekal. Tapi aku tak pernah masak bekalan tersebut. Beli je kat kedai mek depan rumah. Sebagai seorang yang cuba untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dimuka bumi ni, aku akan membawa container dari rumah.

Inilah bekas makanan ku. Merangkap hadiah percuma beli susu Aqid. Ada 2 kaler, satu purple dan satu lagi biru. Ia mempunyai 2 tingkat so that bole letak 2 jenis makanan. Selalunya aku beli mi atau mihun singget letak kat bahagian bawah, kuih 3 jenis kat bahagian atas. Aku ada mangkuk tingkat yang stainless steel tu tapi aku rasa yang ni lebih 'in'. Sebab ada gamba grape.

Ada tak diantara kamu yang bawa bekas makanan anak-anak ke opis atau jalan-jalan macam aku ni ha? Atau aku je yang buat tebiat, pada hal tupperware berlambak ada kat umah macam-macam bentuk, yang ni jugak aku pilih. Hehehehe..... Takpelah, nawaitu aku untuk menghijaukan bumi untuk hari ni dah tercapai. Alhamdulillah.

Anda bagaimana? Sudahkah anda menghijaukan Bumi?

16 comments:

kak long said...

ermmm...bagus2...


sekurang2 nya ko akan sentiasa teringat kan si aqid bila tgk bekas tu......

Huda said...

sy jarang bawak bekal mase time keje dulu..slalu dh bfast siap kat umah :)
comey bekas tu..

ejaMaria said...

aku mmg mesra alam dari dulu... guna 'tupperware' lagi ;p

Izan Ishak said...

cantiklah bekas tu syida. skrg ni supermarket yg izan selalu pi gunakan plastik mesra alam dah...lama2 yg jadi reput tu.... jom hijaukan bumi~

Nieza Ishak said...

bagus bagus bagus ..
aku rajin bawak bekal dr umah ... sooo mmg kena angkut tupperware la ...

~ana~ said...

bagus la gini kak...
saya pun kenkdg terpk nak buat gini, tp mesti lupa nak kuar kan tupperware...hu3x

Salmia said...

jgn bawak botol susu sudahh...

shaza said...

eh, sebijik macam bekal anak aku Arif.. dia pun minum susu sustagen+enfakid.. mr hubby aku pun bawak bekal gak gi opis tapi bekal air teh je.. siap isi dalam thermos untuk kekalkan kepanasan..

kakngah said...

dah tlg hijaukan bumi dgn pakaikan adief cloth diaper.
:P

Mama Hanim said...

bagusnya cik puan gorjes nih.. sama2 hijaukan bumi kita ok..

KSWSK said...

tu bekalan bekpes ke lunch?

JUE said...

kahkahkah...comeynye bwk bekas mknanan budak2.

*alamak! sowi syida...tergelak besar pulak.hihihi...

Entry terkini di blog JUE: 4 tahun:Taska or Tadika?

Elly & Emmy said...

sambil ijau kan bumi dan rasa makin muda .. betul tak??

Drama Mama said...

i dolu2 bawak bekal gak and bawak container sendiri. mesra alam gitu.

eh dulu dok cakap ngn sang suami nak tukar susu irfan bila dia masuk 3 tahun,nak minum sustagen plak pasai iklan dia macam best. hahaha! tapi tengok skang ni dia dah kurang sangat minum susu so taktau la nak tukar ka stick to mamil ja.

http://twinkywinkystars.blogspot.com

A D I A said...

comel bekas u, i lepas ni bawak bekas hafiyya la kot, mungkin bekas hello kitty. comel je kan.

kakyong said...

tahniah, terus kan usaha utk hijau kan bumi..