27 January 2011

27,000 Meter Persegi

Semalam aku ada CPC (certificate of practical completion) dan DLP (defect liability period) inspections untuk bangunan gomen yang kat hujung tanjung tu. Aku sengaja arrange inspections ni 2 in 1 sebab tak kuasa aku nak datang 2 kali. Mula-mula aku cakap kat kelik aku tu, " kalau i tak larat, u sambung la sampai habis". Dia ok kan aje, mana bole dia melawan. Heheheeee.

Bangunan tu ada 5 tingkat termasuk mechanical room, tapi ada 3 blok. Untuk buat CPC dan DLP ni kita kena round every inches of the room sebab nak tengok kalau ada defect yang perlu diperbaiki. Dengan gagah aku meround bangunan tu dari atas sekali sampai la ke bawah. Aku tak sangka aku bole round building sebesar 27,000 meter persegi tu!

Ni pemandangan masa kami buat testing&commissioning untuk lampu.


Tapi,

Bila petang, mulalah pinggang aku rasa macam nak tercabut!!!!!!!!!!!!

Adoyaiiii!!

Sape suruh ikut orang jantan yang gagah berani tu naik tingkat 5 pastu turun tangga ke setiap tingkat dibawahnya? Hambik ko!

Dulu masa preggy Aqid aku pernah panjat bukit okeh! Kat tepi highway facing Giant Putra Heights tu.

Korang masa preggy ada buat aktiviti lasak macam ni tak?

Or aku je yang buang tebiat?

p/s: aku tak bagitau mak aku pun,surely dia marah.

19 comments:

kakngah said...

buat!!!!!
senang beranak.. kehkehkeh!!!


dah contraction pn aku still drv g keje & mkn sekenyang2nya
eer.. kira xtvt lasak gk tu kan..

shaza said...

nanti kejap aku nak ingatkan ape aktiviti lasak aku buat dulu..

emm, aku rase yang paling lasak pun makan je kot sebab tiap kali lepas makan mesti terkeluar balik.. sangat challenging nak biar makanan tu hadam dalam perut ni..

p/s- kena panas matahari pun sudah rase mau pitam camaner la aku nak berlasak-lasak..

Daddy Ziyyad said...

u pegi buat inspection kat Nusajaya ke ni?

Dah byk ke gomen ofis yg pindah ke situ?

~ana~ said...

saya plak,

air ketuban dah pecah, still drive lg pergi ambik husband kat stesen lrt utk g hospital..heh3x..

bagus tu kak..senang nak bersalin..:)

Nieza Ishak said...

mau sakit betis tue ...

kak long said...

kalau dah dekat due,ko rajin buat gitu...lagi senang nk beranak!

Salmia said...

belum penah preggy.
hehehe

mekchu said...

masa preggy tidak dibenarkan sama sekali wat keje lasak & berat... sbb susah mau lekat... dijaga rapi.. tapi lepas tu... sendiri mau ingat la.... teringin nak preggy lagi.......

Mama Hanim said...

paling lasak pn bahagian mulut.. asik makan je..hehe..

hana.basri said...

ya ampun dong~ sangat kuat la you ni!! semangat :D go go syida go!

chugie said...

mak ai.. lasak juga mak buyung ni ye.. jaga2, kandungan tu ye kak!

biar ore jante buat koje lasak tu.

Huda said...

ok huda masa husna dulu ikut hubby jalan2 kat ekspo maha yg beso tu.now pulak mmg slalu jalan2 pegi sana sini..so far xde masalah insyaAllah

SyidaGorjes said...

@kakngah: ni tak bape mencabar sangat, ada lagi yang lebih ekstrim aku penah buat, tp takmo bagitau.hihi

@shaza: dok umah jela, jgn berpanas.mgkin ko bukan kategori lasak.

@daddyziyyad:ni kat area selangor je.projek kami tak sampai ke nusajaya tu.

@ana: bahaya tu.tak berani akak nak buat camtu.

@nieza: haah,berdenyut2 bila balik umah.aku baring je.

@kaklong: jauh lagi dr due =)

@salmia: noted.

@mekchu: marilah preggy bersama-sama

@mamahanim: maybe sebab tu hanim pun lasak makan yea?

@hana.basri:terpaksa.da tanggungjawab.

@chugie: kalau ada pilihan, akak takmo buat.

SyidaGorjes said...

@huda: nak tau tak,kita penah panjat bumbung...hihi....

en_me said...

muger2 aqid pown nnti leh jd oran gjantan yg gagah berani dan perkasa fulakkks.. ehehe

Izan Ishak said...

syida...sgtlah hebat boleh round seluas tu dgn keadaan yg preggy. tp masa izan dulu2...kalau berjalan jauh tu mmg biasa. org kata nnti senang nak beranak kan~

rozana said...

aku angkat kambing time ngandung jasmeen..kambing hidup ya...

kakyong said...

syida,
baik2 sikit awak tu.. jgn lasak2 sgt... ni mak budak dah marah ni..

Ermayum said...

Ya Allah syidah pesal jalan jauh sangat turun tangga berentak2 turun pakai lif la yang eerr ke takda lift u memang ganas:)