13 April 2011

Si Bintik

Dua minggu lepas aku telah discover yang Aqid ada bintik kat perut dia. Dia cakap sakit. Pastu sekali aku tengok........chicken pox hoccaay! Aku dengan panic attack terus ajak papa pegi jumpa Dr Maryam. (Tak bole bawak jumpa Dr lain kalau Aqid yang sakit). Unfortunately bila sampai klenet, Dr Maryam takde la pulak. Husband dia je yang ada. Dalam keadaan kelat Aqid pun menyerahkan tubuhnya untuk diperiksa. Bila keluar bilik Dr tu Aqid cakap,"Mommy, papa Dr Maryam garang". I was like," What?".Tua sangat je husband dia sampai Aqid cakap 'Papa Dr Maryam'. "Esok Aqid nak datang lagi jumpa Dr Maryam"-Aqid cakap lagi. Mana ada orang pegi jumpa Dr hari-hari.

Alhamdulillah, masa celebrate birthday Aqid tu chicken pox dia dah kering. Just nice. Aku pun takut jugak kalau menjangkit kat cousins dia yang kecik-kecik tu. And the birthday party went well.

Tapi

Ada pulak yang terkena

Bukan budak kecik, tapi bapak budak. Papa Aqid yang kena. Adooyaii! Haritu dia cakap yang dulu-dulu dia pernah kena. Aku pun dengan curiousity tahap 6 call akak ipar kat kampung, dia pun cakap yang papa pernah kena dulu. Habis tu macam mana bole kena lagi ni? Kali ni dia kena teruk sangat. Sampai takde space kat muka tu yang without chicken pox. OMG! Mak aku pun terkejut jugak. So, automatically Papa kena quarantine. Hari ni dah 5 hari dia kena, tak nampak surut lagi. Air kelapa dah berbijik-bijik ditelannya.

Yang aku takut sekarang ni ialah adakah aku akan kena juga? Dulu pernah kena 1st time masa umur 18tahun. Ada possibility kena lagi ke? Sangat risau.

Kawan-kawan, tolong doakan supaya saya tak kena. Saya takut it will affecting the baby.

17 comments:

kakngah said...

aku dah kene dah sekali. masa 16thn. sampai dalam mulut pun ada jugak.. macam ulser. atas kepala lak.. berkerak2.. sebbaik tak banyak sangat keluar kat muka. tapi, parut kat pipi gebus aku ni ada jek sampai sekarang.

anyway,
JENNIFER doakan papa aqid cepat sembuh hoccay!!~
dan
mama aqid tak terkena jangkitan.

tak silap aku kan.. ada sejenis syrup kene makan masa memula nk kena tu. dah lupa nama dia. tujuannya tak bagi lebih banyak spot keluar. kene refer pada yg pakar lah!

Aini said...

Masa umur 18 tahun tu kena chicken pox teruk ke tak? Kalau tak teruk ada kemungkinan boleh kena lagi coz Aini pun kena DUA KALI. Huhuhu..

Anyways, here is some info for you. Taken from BabyCenter:

~ Between 20 and 36 weeks of pregnancy your baby is unlikely to be affected, though, as with any baby exposed to chickenpox during pregnancy, he may develop shingles in his first few years of life.

~ After 36 weeks, the risks increase again. If you are infected at this time then your baby has a one in two chance of becoming infected, but is less likely to develop symptoms because some of your immunity will have been passed on to him.

So, you better take care of yourself. Make sure try not to exposed yourself very closely to Papa.

Salmia said...

hohoho.. kna dok jejauh la dn papa aqid..
:P

~ana~ said...

ya allah kak....

saya berdoa moga2 akak x terkena jangkitan chicken pox ini...moga akak sentiasa sihat sehingga la akak selamat deliver nnti...

moga papa aqid cepat sembuh...

take care..

kakyong said...

nampak nya chicken pox ni emmang betul lah boleh berulang.. sbb anak sedara masa baby pernah kena... dah seklah ni pun kena lagi...

semoga cepat sihat ya papa Aqid.. seksa la kalo kita yg dah tua2 ni kena chicken pox...

Daddy Ziyyad said...

Majority of us will be infected once only, but NOT necessarily. Kena faham tu.

Kalau org tua kena/dewasa, usually mmg teruk.

Standard time for recovery: 2 weeks.

papa dah ambil Antivirus?

what u can do is reduce as much as possible direct contact with him.

Nieza Ishak said...

rasanya dia kena teruk sbb ada termakan telur & benda2 gatal ... mmg lambat la nak baik kalo kena muka penuh gitu.

ummiross said...

kata orang kalau kena masa dewasa, kesannya lagi teruk, parut pun payah nak hilang.

Ummi doa kan Syida tak kena, insyaAllah, moga Allah lindungi Syida dan kandungan, moga Papa Aqid pun cepat sembuh.

Eida elHakim said...

selalunya kalau dah kena campak yang jenis besar tu.. memang tak kan kena lagik.. tapi kalau kena campak yang macam ruam tu .. memang dia akan kena lagi.. malah lebih teruk.. cam kes suami sy.

hope syida tak terkena yer.. kesian plak nanti..

ejaMaria said...

agak nya masa kecik dulu papa Aqid bukan kena chicken pox kot... campak je gaknya... ;p

lagi satu yg saya tau... CP ada 2 type ubat...

klu amik ubat untuk hentikan pengeluaran dia masa tengah2 kena tu... mmg cepat baik... seminggu dah ok... after that kena amik vaksin... mesti... klu tak amik vaksin... CP ni akan berulang balik... ni la keburukan dia...

klu amik ubat yg biarkan CP ni keluar abis... biasanya amik masa lebih kurang 2 minggu... yg ni dia bina antibodi dalaman... comfirm tak kan ulang kena CP... side effect tak bagus plak berisiko utk kena kayap (nasib-nasib la...) tu je...

jauhkan diri dari papa Aqid ye sementara ni...

MasZuber said...

possibility utk kena lagi memang ada,

jika immune dalam badan utk halang mende tue dah xda.

Mama Hanim said...

semoga cepat sembuh dan x jangkit kt syida. biasanya kalo dh penah kena, lps tu dh imun tp ada gak yg berulang. tgk nasib gak kot.

take care k.

KSWSK said...

adik aku dl ms kecik kena yg bintik2 kecik..bl dah beso kena yg bintik2 beso plak..

A D I A said...

alahai kesiannya, papanya pulak berjangkit. i tak sure pasal ni tapi setahu i kalau masa 18 thn tu chickn pop u dah berhabisan2 teruk, maknanya u takkan dapat lagi. apa2 pun take care tau, nampak pelik2 skit segera ke hospital.

Mama Hanim said...

ello cik gorjes.. nape x update lg hr ni? dh lewat ni, cuti ke?

DrSinga said...

ada jugak yang dah kena bertahun dulu.. boleh kena balik later2..
saya pun kena c pox 2 x dah..

just watch out dalan 2 minggu ni..
kalau nothing happen ..that's ok..
tapi kalau kena pun.. insyaAllah tak effect baby..
tak macam rubella..
cheers..

Ermayum said...

kalu masa dulu keluar tak habis tersekat sekat memang buleh dapat balik :)