30 November 2012

Spot Check!!


Tadi pagi sebelum masuk DUKE untuk ke ofis, aku singgah ke school Aqid sebab nak membuat pembayaran untuk kelas solat dan kelas membaca. Bila sampai kat school, semua budak-budak 4 tahun ada dalam kelas. Pelik. Sekarang kan cuti sekolah, mana ada kelas lagi. Rupanya, ada pelajar UPSI buat praktikal kat situ. Sebab tu kena masuk kelas jugak.

Before aku bayar buat pembayaran untuk extra class solat dan membaca tu, aku tanya kat teacher macam mana Aqid kat school? Dia da bole baca ke? Teacher cakap dia da bole baca buku cerita Peter & Jane dengan lancar. I was so super duper suprised! Aqid kalau kat rumah tak nak langsung baca buku. Nak buat homework pun berkira. Since dia baru 4 tahun, aku pun tak nak la push beria-ria sangat.

Teacher cakap dia kat school kalau buat latihan, dia buat betul-betul Mungkin sebab tu kat rumah dia main betul-betul sebab dia rasa dia kat rumah tempat dia main-main.

Mungkin juga.....

7 comments:

kakngah said...

ank2 ni.. kt sklh lain. kat rmh lain. dan diorg lebih patuh pd arahan cikgu dr arahan mak depa...

shaza said...

ye la, anak2 aku pun lebih berdisiplin kat sekolah berbanding kat rumah.. huhu

ejaMaria said...

anak Maria, baca lemah sikit... tapi dgn nombor dia suka... utk mate mudah tambah tolak angka kecil dia dah faham - pun suprise juga bila tahu...

Daddy Ziyyad said...

Logik juga..

belajar betul2 di kiddy
main betul2 di rumah

hihih

~ana~ said...

ajmal pun sama..kalau suruh bc kat rumah, buat xtau je....padahal kat sekolah kalau tnya cikgu, dia ok je...

yana said...

Kat rumahlah tempat nak manja2 ngan mummy!

ddlea said...

Babe... aku rasa bebudak yang baca buku (sebenarnya anak aku la tu...muehehehe) Peter & Jane tu adalah menghafal. Bukan membaca sebab rata2 apa yang aku tengok, buku tu selamba je deorang baca. tapi bila bagi buku lain yang similar, nan adooo... aku rasa la... cer ko buat uju kaji...