17 June 2010

Changeover

Dah terlalu lama Aqid dengan susu Snow dia tu. Since newborn lagi. Aku rasa sekarang dah masa untuk dia rasa susu lain pulak. Aku ingat senang nak tukar susu ni. Rupanya tak sesenang yang disangka.

Setelah aku buat sedikit research here and there, kami decide nak bertukar kepada Sustagen Junior. Sustagen ni ada 3 perisa iaitu Vanilla, Madu atau Chocolate. Untuk makluman, susu Snow takde perisa yang lain-lain macam ni. So takdela Aqid nak merasa dan experiencing perasa yang pelbagai.


Aku ingat kalau nak tukar susu, bila beli terus bagi je. But it doesnt work out that way. Hehehe...Patutlah lepas hari pertama bagi dia Sustagen, dia terus sakit perut. Sorry, Aqid. Mommy tak tau. Cian sayang mommy. Tapi since Sustagen ada bagitau cara nak tukar susu, Mommy akan cuba sekali lagi ikut jadual dia. Hopefully kali ni Aqid takkan sakit perut lagi.

You olls ada pengalaman masa tukar susu anak kan? Jom kita share!

By the way, dulu akak gorjes pun minum sustagen jugak. Siap jadi ahli kelab Sustagenius. Aqid pun dah jadi ahli.

9 comments:

shaza said...

huhu.. kak gojes, mmg tak boleh terus tukar camtu nnt die sembelit. kena bagi sikit2 dulu. aku tau sebab promoter tu yg bagitau.
anak aku arif, minum sustagen coklat gak tapi campur dengan enfakid vanilla sebab masa baby dia minum enfalac-enfagrow-enfakid. sbb enfakid takde perisa coklat aku campurkan dgn sustagen...

Huda said...

susah rupenye nk tukar susu ni yer..as for me, xde xperience la kak gojes..tp slalu dgr klu nk tukar kene slow2 bg sikit2 susu baru, then chek dia ok ke x ade alahan or not..if ok baru proceed..

Mama Hanim said...

hohoho..mmg susah woo nk tukar susu anak n bg yg suitable dgn dia kan..

hanim dlu klu nk tukar susu mmg makan masa skit, perut slalu meragam.. tp x sangka plak skang ni dia jd kuat makan plak..kui3..

Nieza Ishak said...

syidah,

kalo dah biasa dengan soya iaitu snow better try anmum plain sbb rasanya seakan2 sama. (macam akak ni jurucakap anmum pulak ek? kahkahkah)

ni experince anak 1st akak, dengan soya selama setahun iaitu isomil + pediasure pastu tukar pada anmum.

lagi 1, aqid kecik lagik soo avoid dr guna yang berperisa. Baik terus gunakan plain milk sbb kurang manis. Ada sebab kenapa tapi ahkak ko ni dah tuaaa .. luferrrrrrr ... hihihi.

sharing is caring maaaa

walaupun bf mommy, ahkak belajar gak sket2 pasai ni. yang syioknya kalo nak tukar susu .. collect sample dr klinik yerk .. sooo freeee. Takyah nak beli kat kedai 1tin utk try n error. Pi klinik pakar kanak2. Depa mmg banyak sample susu .. sbb setiap klinik ada brand product yang sponsor sample susu... kalo tak mintak depa buat mandi susu kat rumah muahahahaha.


** itu yang akak buat, pi klinik mintak sample susu manyak2 .. guna time travelling ...

kakngah said...

alhamdulillah.. adief xder masalah tukar susu. memula dulu enfakid, pastu genap setahun wa tukar enfagrow. masuk 2 thn ni, anmum lak.. xder pulak wa ikut step cam schedule tu pn. cume sukatan tu agak cair la...

kak long said...

anak kalong yg no.2 dulu,mula2 guna snow gak,pas tu,anmum pastu dutch lady 123..ok je.

yg kecik ni lg jimat...nespray je..
yg bongsu BF je...
sebenar nya ikut bby tu,mahal ke tak,itu tak penting..
janji dia serasi...

*utk perhatian KAK NGAH...
"MUMMY MUMMY NK BF...!"
keh keh keh...

Umi Nuha said...

nape sustagen tak de susu plain ek?
**komen y tak membantu langsung :p

SyidaMislan said...

@shaza: mana aku tau. mak aku pun tak ckp.hahaha

@huda: tula, perut baby tak macam perut kita, hehehe

@nieza: mcm tu ke kak?ok, nanti kita cuba

@kakngah: dari dulu aqid mmg minum susu cair, tak pernah ikut sukatan kat tin sbb nti dia sembelit.

@kaklong:makin lama makin jimat, bagusla akak ni.

@uminuha:takde, da cek kat web dia.

Elyn said...

i tak ikut sgt chart tu sbb tgk perut anak gak beb. i buat by weeks... lepas 1 weeks br tambah sukatan die..... so ikut suke u cara mana ok