01 June 2010

Let's SEKINCHAN


Semalam lepas meeting akak gorjes malas nak balik ofis. Hehehe (evil laugh). Akak gorjes pergi jumpa kawan lama, then kami lepak kat restoren baru kat sana. Nama dia Sekinchan Ikan Bakar. Actually Sekinchan ni dah dekat dengan kampung akak gorjes, tapi aku tak tau pun ada restoren macam ni kat sana. Tau-tau je ada restoren ni kat KL.


Maybe disebabkan aku datang kedai ni terlalu awal, aku nampak bos dia tengah bagi briefing. Restoren ni memang jual ikan bakar sesaje. Nak order yang goreng-goreng korang pegi kedai lain sebab kat sini memang takde jual. Memang speciality dia ikan bakar sahaja. Tiada yang lain. Nak, tak nak, terpaksa makan jugak.


Kami order appetizer ubi rebus cicah sambal. My goodness! Memang sedap. Dah lama tak makan makanan orang zaman Jepun ni.


On top of that kami order ikan pari bakar. Tak nak la order banyak-banyak, tak habis pulak makan nanti.

The ambience is quite nice. Not bad for untuk kedai ikan bakar jika dibandingkan dengan kedai ikan bakar kat kampung Asben kat Melaka tu. Of course la, ni KL, tu kampung mana la grand sangat kan? Hihihi...

9 comments:

shaza said...

mak ooi, cantiknya restoran ikan bakar ni.. aku ingat restoran kat tepi2 laut tu je.. rega pun mesti cantik kan..

chugie said...

restoran yg cantik. emm tp ikan bakar sahaja ek? kan bagus kalau ade dish lain.. baru umph! kn? :D

bleh x kasi alamat restoran ni kak? nanti sy leh try..

psst: restoran ni dh masuk dlm my listing untuk makan2 review..

:: iManja :: said...

uiksss....lapor plak tgk ikan pari berendam air asam tuh...kat maner ni?

Aini said...

Ingat pergi Sekinchan tadi.. rupanya, makan kat Sekinchan :p.

ibu_Arifa said...

ooo..entry makan2 lagi..nasib baik kak gorjes ni jenis tak cepat tukar saiz..kalo tak??!!

Ena said...

bestnyer ubi tu.. teringin nye nak makan juga.. makan time hujan.. fuhhh bestnyerrr... lupa makn mertua lalu kat belakang.. heheheh

Yunus Badawi said...

Dah pergi baru nak ajak aku huhuhu.

Malam tadi kami pergi Sekinchan tapi tak makan kat situ sbb dah kenyang dari rumah. Parking kereta depan restoran tu sementara tunggu Haizam beli Melawati kebab di seberang jalan.

A D I A said...

ikan bakar bukan kena makan bawah atap zink ke baru sedap hehe? anyway kg kak goj kat skinchan ke?

qellissa said...

cam sedap je ikan pari bakar tu..i mmg suke ikan pari bakar.. ubi rebus pon ader jual ek..