30 June 2010

Sultan Suka Makan Apa?

Sepatutnya aku puasa lagi hari ni. Statement ni dah bape kali aku ulang minggu lepas dan 2 minggu lepas. Tak habis-habis lagi misi puasa ganti aku ni. Pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa ku redahi tau. Ya Allah!Kau tetapkanlah hatiku ini supaya aku boleh bangun sahur untuk puasa ganti. Amin.

Aku sangatlah terlupa yang harini kami ada food tasting session untuk our annual event di bulan puasa nanti. Diorang pun bagitau last minute sangat. Nasib baik hari ni tak jadi puasa, kalau tak, takde la aku merasa session ni. Foods provided by Sultan Selangor's favourite caterer. Menu recommended by them. Actually ni dah 3 tahun berturut-turut kami guna caterer yang sama. Jom tengok dan makan!

Sambal udang. Sultan suka, aku pun suka.

Dalca. Sultan suka, aku tak suka.

Kerabu kacang botol dengan paku pakis. Sultan suka, tapi aku pilih kacang botol aje.

Masak lemak rebung dengan daging kambing. Sultan suka, aku langsung tak makan.

Ayam goreng ala kampung. Sultan suka, aku dah boring dengan ayam.

Pajeri nenas. Sultan suka, aku tak bape suka sebab oily.

Ikan kerapu sweet and sour. Sultan suka, aku pun suka.

Puding caramel. Sultan suka, aku punya feveret nih.

Ada jumpa feveret korang yang sama dengan Sultan tak?

28 comments:

kak long said...

makanan sultan ke?
nape sambal sotong tu?
cm sambal udang je...

shaza said...

caterer mane yang Sultan suka sangat ni.. Kuzie Catering ke?? Aku memang suka masak lemak cili api tapi sseumur hidup aku tak pernah lagi makan masak lemak daging kambing dengan rebung.. selalu rebung ni masak dengan perut atau ikan parang.. sedap ke???

kakngah said...

hahhahah!!
mata aku pun cam mata klong
nmpak sambal sotong sultan cam sambal udang sultan.

atau

sultan pggl udang tu sotong??

A D I A said...

semua di atas i suka, maklum la taste i diraja!

Nieza Ishak said...

opsss ...

sotong udah tukau dgn udang daaaaa

syedappppppp syedapppppp.
esok atau lusa kalo ada food testing ajak la ..ahakk ko ni ... muahahahah

Ya ALya said...

mata ya pun macam mata kaklong n kakngah,nape la sotong tu dah macam rupa udang kan....huhuhuu....

yg sultan suka tapi aku tak suka,dalca n masak lemak rebung daging kambing.yg lain semua aku bedal....

ejaMaria said...

susah nak bangun sahur ye... malam sebelum tido : selawat + tepuk bantal 3 kali + pesan 'aku nak bangun sahur pukul 5, tolong bangunkan aku dari tidur'... InsyaAllah esok pukul 5 auto jaga + segar lagi :)

btw... suke caremel... ngan sweet sour

uncle said...

waaa apa yg sultan suka makan ..uncle pun suka gak hahah sebba uncle kuat melantak

chugie said...

wah.. siap nak kene testing makanan lg ye.. best sangat2 tu!

SyidaMislan said...

Kak Long,
sory, typo error.dah betulkan dah.tq

SyidaMislan said...

Shaza,
ni bukan kuzie.tp lain.
aku tak makan masak lemak rebung tu.aku pun tak tau sedap ke tak.so, aku takleh nak jawab soalan ko tu.maap ye.

SyidaMislan said...

Kak ngah,
akak ni, kita salah type la....

SyidaMislan said...

Adia,
taste diraja?
wohoooooooo!

SyidaMislan said...

Nieza,
takleh nak ajak-ajak sbb bos attend sekali food testing ni..sory ye.

SyidaMislan said...

Ya Alya,
taste kita sama la.bila nak ajak pegi sekinchan?hehehe

SyidaMislan said...

Ejamaria,
yang part selawat tu dah pernah buat, tp tak bape nak menjadi la....kebal sgt mata kita ni...muahahaha

SyidaMislan said...

Uncle,
sultan suka=uncle suka,adakah uncle=sultan?

SyidaMislan said...

Chugie,
tak semestinya rasa dia sama, ni saje je amik kesempatan.hehehee

ummikhayra said...

banyak yang tak sama jer.. hahaahahahahah

nuriz said...

lapor le tgk semua menu ni sedap sgt

Salmia said...

food tasting ke food eating tu. kekeke

Papakeechee said...

i also tak suka dalcha ... but the udang boleh whack anytime dgn the ayam goren itu ... yang lain nampak tak berapa appetizing la ...

DrSinga said...

saya pun suka caramel....
sama taste dgn baginda la....
:)

SyidaMislan said...

Ummikhayra,
tekak rakyat dengan tekak baginda tidak sama...

SyidaMislan said...

nuriz,
selamat menjamu mata...hehehe

SyidaMislan said...

salmia,
eating la...apa lagi? kalau nak testing patutnya sikit2 jek.

SyidaMislan said...

papakeechee,
walaupun tak bape appetizing, sebagai rakyat jelata, kami hanya menurut kegemaran tuanku.

SyidaMislan said...

DrSinga,
ai pun!