11 June 2010

Tidak Di Bangi...

Lepas penat pegi shopping kat One Utama, aku lepak kat Bangi Kopitiam. Tapi yang ni bukan kat Bangi, tapi yang kat Setiawangsa. Tak commercial ke kalau letak nama Setiawangsa Kopitiam? Dah lama aku nampak kopitiam ni dari tepi jalan, tapi tak pernah nak menyinggah. Aku ingat lagi first time aku minum kat Bangi Kopitiam ni masa tu aku belum kawin lagi. Yang tu memang kat Bangi, dekat dengan Hospital Azzahrah. Fuh, lama giler tuuuuu...

Disebabkan ex-staf company aku yang takde family day tu kerja kat area ni, aku ajak la dia lepak sekali. Kalau aku lepak sorang-sorang takut ada yang ngorat pulak nanti. Perasan! Sambil menunggu si Diana (status masih mencari) ni, aku makan la dulu yang ringan-ringan..


Earl Grey Tea. Macam omputih la pulak. Actually aku nak minum Milo, tapi bila tengok cawan dia yang cinonet tu, macam tak cukup je untuk aku. Takkan la aku nak order bercawan-cawan? Malu la pulak...ngeee...ngeee...ngeee...


Roti ni sedap. Tapi aku lupa nama dia apa. Dalam ada sapu kaya dengan salted butter yang sangat sedap.


Inila pompuan yang aku tunggu ni. Dia yang request nak gamba dia masuk dalam blog tapi kene sorok telinga capang dia tu. Hehehe. Diana order Milo dengan ice-cream. Time hujan makan eskrem buang tebiat ke ko ni.


Lepas aku makan roti tadi, terasa lapar lagi. Aku order Kueytiow sup pulak. Mangkuk dia sama besar dengan muka aku. Sedap tau makan sup panas-panas time hujan. Tapi tidak le aku nak makan eskrem.


10 comments:

shaza said...

kat setiawangsa area mane ek?? yang aku tau kat taman melawati tu je..
mangkuk sup same besar ngan muka ko?? haha.. boleh stim muka sekali.. 2 in 1..

SyidaMislan said...

shaza,
yg kat melawati tu aku tak pernah terjah lagi. ni dkt dgn cimb tu...

ibu_Arifa said...

wah..roti coklat gitu..dah lama saya tak makan..asyik roti gardenia yg biasa tu jer..

SyidaMislan said...

@ibu arifa:ni first time makan roti cekelat ni

nigina said...

saya kalau singgah bangi kopitiam mesti order mee kari... slurpppp... perghhhh..

SyidaMislan said...

@nigina: sedap ke mee kari dia?nanti lain kali bole try..

Papakeechee said...

tengah dok pikir nak berbuka posa dgn apa hari ... u just gave me an idea plak ... sup sup mesti sodap kaaaaaan ... ngeh ngeh ngeh *gelak evil*

Ummi Dania Yasmine said...

sup masa hujan kawww punyer??? ice cream tambah le sejukkkkkk.....

kak long said...

jap lagi kak long nk gi bangi...!
hihihi..!

Encik Tikus said...

bestnya :)