31 August 2010

Merdeka Ala Kampung


Ini pemandangan biasa di Kuala Sg Baru bila nak menyambut Merdeka. Ini juga kerja bapa mertuaku. Dulu ibu mertuaku juga ada sekali untuk menggantung bendera. Diorang ni memang semangat time bulan kemerdekaan. Aku rasa bukan diorang je, tapi seisi kampung. Banyak rumah yang pasang bendera kat kampung Asbenku itu.

Pemandangan macam ni agak janggal bagi kita yang duduk di Lembah Klang. Susah sangat nak tengok ada orang yang gantung bendera kat rumah diorang. Jangankan kat rumah, kat kereta pun takde (termasuk keretaku, hehehe). Kenapa ada perbezaan semangat patriotik orang kampung dan orang bandar?

Tepuk dada tanya selera.

11 comments:

shaza said...

memang semangat patriotik penduduk kg asben ko ni.. kat rumah aku pun takde pasang bendera.. pernah dulu pasang bendera kat kereta.. pastu masa tengah drive, bendera tu boleh tercabut pulak.. terus tak pasang lg lepas tu sbb takut merbahayakan pemandu lain..

Huda said...

semangat kemerdekaan tu..umah akak pun xde gantung bendera :P

Yunus Badawi said...

tahun ni kira ko tumpang semangat org KSB lah.

Org kampung pernah merasa susah (ada yg masih susah). Datuk nenek dan ibubapa selalu citer kpd anak cucu mcmana keadaan mereka masa dijajah dulu. Skrg bila dah merdeka mereka rasa bersyukur sgt. Utk menzahirkan kesyukuran itu mereka pakat2 pasang Jalur Gemilang.

DrSinga said...

kita tak pasang kat kereta sebab selalu terebang hilang... tak sanggup pikir bendera yang terebang hilang tu di gelek-gelek kenderaan..
psst...
tiap2 tahun kita gantung bendera kat rumah tauuu...
:)

ice♥ice said...

waa smgt! sbb org kg lg rase kesusahan n lebih hargai erti kmerdekaan kot..huhu..ntah la..

SyidaGorjes said...

shaza,
diorang memang bersemangat!bahaya jugak letak bendera kat kete ek?aku tak pernah try.

SyidaGorjes said...

huda,
beli la at least ada sekeping.sebelum org indon borong bendera kita pastu bakar.heheh

SyidaGorjes said...

yb,
umah u ada pasang tak?

SyidaGorjes said...

makDoc,
mana bukti?bole caya ke ni?hehehe

SyidaGorjes said...

ice,
kita ni je yg tak tau susah diorang masa dulu...

ERMAYUM said...

kita semangat dihati bukan di kereta or tiang heheh (yo yo ja )